Sukan Hari Ini

Kecederaan Saya Lebih Buruk Daripada Orang Tahu: Ibrahimovic

BINTANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, mendedahkan bahawa kecederaan lututnya lebih buruk daripada apa yang diketahui umum sebelum ini sambil mengatakan semua orang akan terkejut apabila dia kembali beraksi.

Penyerang Sweden itu membuat penampilan pertamanya sejak April lalu selepas masuk dari bangku simpanan dalam kemenangan 4-1 pasukannya di Newcastle United, awal pagi semalam.

Ibrahimovic, 36, berkata kecederaannya jauh lebih buruk daripada apa yang diketahui sebelum ini walaupun dia lebih suka berahsia mengenainya, lapor Stadium Astro.

“Sekiranya orang tahu kecederaan sebenar, mereka akan terkejut saya masih bermain. Ia lebih daripada kecederaan lutut tetapi saya akan menyimpannya secara peribadi – itulah sebabnya saya memilih untuk tidak bercakap mengenainya,” katanya kepada akhbar UK.

“Dalam pemulihan saya, saya tidak terburu-buru. Saya berehat selama enam setengah bulan. Saya mengikuti protokol dan jadual setiap hari.

“Rahsianya hanya kerja keras. Mereka yang rapat dengan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya bekerja lima, enam jam sehari,” tambahnya.

Ibrahimovic menjaringkan 28 gol dalam semua pertandingan untuk United musim lalu sebelum dilepaskan, hanya menandatangani kontrak baru satu tahun.

Pemain veteran itu mungkin sekali lagi keluar daripada kontraknya tetapi dia tidak kisah tentang masa depannya.

“Pada masa ini, saya hanya bersyukur saya boleh berlari dan bermain bola sepak sekali lagi,” kata Ibrahimovic.

“Saya tidak tahu dengan masa depan tetapi apa yang berlaku, ia berlaku. Saya berada pada usia di mana saya boleh memilih apa yang saya mahu lakukan.

“Saya tidak menandatangani perjanjian lima tahun atau 10 tahun, saya gembira dapat kembali bermain.

“Ia hebat dapat bermain. Jose (Mourinho, pengurus United) berkata, ‘lakukan apa sahaja yang kamu mahu, saya percaya kepada kamu dan kamu tahu apa yang kamu perlu lakukan’, jadi saya tidak bimbang.

“Kontrak itu semua kertas kerja dan saya buat kerja fizikal,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");