Sukan Hari Ini

Kedah Bakal Umum Ganjaran

ALOR SETAR: Beberapa perkara penting berkaitan isu semasa sukan bola sepak negeri termasuk jumlah ganjaran kepada pemain dan pegawai pasukan Hijau Kuning yang berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia akan diumumkan Menteri Besar Kedah pada Sabtu.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pengumuman itu dijangka dibuat dalam satu majlis makan tengah hari bersama pemain di ibu negara.

“Bola sepak tunggu esok…esok (Sabtu) saya akan buat pengumuman di KL (Kuala Lumpur) semua sekalilah esok masa jumpa dengan pemain waktu makan tengah hari, termasuk ganjaran kalau kita  menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara ‘Peluang Keusahawanan Wanita Komuniti Cina’ pada Jumaat.

Juara bertahan Piala Malaysia itu akan berentap dalam perlawanan akhir dengan pasukan JDT di Stadium Shah Alam, Sabtu malam. -Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");