Jenayah

‘Kekasih’ Ugut Sebar Gambar Intim Kerana Curang

NILAI – Akibat curang dengan lelaki lain, seorang lelaki bernafsu songsang diugut akan dimalukan dengan penyebaran gambar intim.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, diugut pasangan sejenisnya itu selepas didapati curang dengan ‘kekasihnya’.

“Mangsa memaklumkan sekiranya dia tidak kembali ke pangkuan pasangan gaynya itu, gambar peribadi mereka semasa menjadi pasangan kekasih akan disebarkan.

“Takut dimalukan sedemikian mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang gadis yang bertindak berani berjumpa dengan teman lelaki yang baru dikenali di Facebook, memakan diri apabila dia dijadikan mangsa ugutan sebaran gambar lucahnya.

Katanya, mangsa berusia 20 tahun yang datang dari utara itu, difahamkan turun ke Nilai semata-mata mahu berjumpa lelaki berusia 30 tahun itu.

Zaldino berkata, mangsa yang pertama kali datang ke Nilai untuk bertemu lelaki itu, difahamkan menginap di sebuah hotel bersama lelaki berkenaan sebelum pulang ke kampung masing-masing.

“Beberapa hari selepas gadis itu pulang ke kampung, dia terima panggilan telefon daripada lelaki berkenaan yang memintanya wang tunai RM5,000.

“Lelaki itu mengugut jika gadis itu tidak memberi wang yang diminta, dia akan menyebarkan gambar lucah gadis tersebut di internet dan media lain.

“Bimbang sesuatu buruk berlaku, mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");