Membawang Hari Ini

Keluarga Selena Gomez Enggan Terima Justin Bieber

NAMPAKNYA ahli keluarga penyanyi Selena Gomez masih tidak boleh menerima hakikat bahawa penyanyi itu sudah kembali bercinta dengan bekas kekasihnya Justin Bieber.

Pada perayaan Thankgiving baru-baru ini, Selena dan Justin memustuskan untuk tidak menyambut perayaan itu bersama-sama, lapor E Online.

Menurut satu sumber, Selena merasakan ia terlalu awal untuk Justin datang bertemu keluarganya.

Tambah sumber itu lagi, ahli keluarga penyanyi lagu Same Old Love itu sedang dalam proses untuk menerima semula kehadiran Justin.

Disebabkan itu, Selena meraikan Hari Kesyukuran di Texas manakala Justin meraikannya di Kanada bersama keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Justin dikatakan berharap keluarga Selena dapat menerimanya semula agar dia dapat menyambut Krismas pada Disember ini dengan buah hatinya.

Justin dan Selena mula bercinta pada 2009. Setelah berpisah, pasangan itu dilaporkan kembali bercinta Oktober lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");