Jenayah

Kerabat Diraja Johor Ke Penjara

PUTRAJAYA: Hukuman pemenjaraan empat tahun yang dihadapi Kerabat Diraja Johor, Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir kerana sengaja mencederakan petinju kebangsaan Muhammad Farkha Mohd Haron, dikurangkan kepada dua tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel hakim yang diketuai oleh Datuk Zawawi Salleh selepas membenarkan permohonan perayu, Tunku Nick Tazuddin,32, terhadap hukuman.

Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, mahkamah menolak permohonan bagi mengetepikan sabitan.

Zawawi yang membacakan keputusan tersebut berkata, hukuman empat tahun adalah tidak wajar kerana wujudnya elemen provokasi di dalam kes tersebut.

“Perlaksanaan hukuman bermula hari ini dan turut mengambil kira enam minggu yang telah dilaksanakan perayu sebelum ini,” katanya.

Selain itu, mahkamah turut mengenakan denda RM10,000 dan penjara tambahan setahun sekiranya gagal membayarnya.

Tunku Nick Tazuddin yang memakai kemeja hitam mengangguk faham ketika ditanya Zawawi terhadap keputusan itu.

Turut bersidang, Hakim Datuk Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam.

Tunku Nick Tazuddin diwakili peguam, Mohd Daud Ismail manakala  pendakwaan selaku respondan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kwan Li Sa.

Pada 28 Jun 2013, Tunku Nick Tazuddin bersama rakannya, Alex Foo Hee Wee, 46, dan Mohd Arif Husin, 40, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu selepas didapati bersalah secara bersama-sama melakukan kesalahan itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Baharu, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");