Perak Hari Ini

Kerajaan Bakal Teliti Gred Guru Besar, Penolong Kanan

IPOH: Kerajaan akan mengambil perhatian terhadap isu kenaikan pangkat dikalangan guru besar dan guru penolong kanan sekolah rendah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain diperhalusi, perkara tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet yang akan datang.

“Kita lihat, secara rasionalnya, apabila gred GD30, GD32, GD40 atau GD48 naik, sektor lain juga akan memohon perkara yang sama.

“Akan tetapi, kita akan beri keutamaan pada sektor pendidikan ini,” katanya.

Beliau ketika demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan dan Persidangan Tahunan Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Perak Kali Ke 30 di Hotel Kinta Riverfront.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kaduir; Datuk P Kamalanathan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

 

Terdahulu, pada perkembangan sama, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak, merangkap Naib Yang Dipertua 2 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Rustam Affandy Abdul Aziz berkata, permohonan bagi menyelarasakan gred jawatan sekolah rendah agar disama taraf dengan gred jawatan kenaikan pangkat di sekolah menengah ini telah diperjuangkan sejak 2010 lagi.

“Ketika ini, jika sesoarang guru itu dilantik guru besar sekolah rendah, dia akan terus kekal di gred jawatan yang disandang dan hanya diberi elaun sebanyak RM200 sebulan.

“Pada masa ini, gred hakiki guru besar sekolah rendah ialah GD34 dan bagi guru penolong kanan sekolah rendah pula ialah GD32,” katanya.

Tambah beliau, ia berbeza  dengan sekolah menengah di mana jawatan pengetua akan menerima perubahan  gred  jawatan daripada gred DG48 ke DG52 yang mana elaunya sebanyak RM300 sebulan.

Katanya lagi, kebanyakan guru besar, penolong kanan dan guru sekolah rendah ketika ini ialah siswazah, sama seperti guru sekolah menengah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");