Isu Panas

Kerajaan P. Pinang Didakwa Pinggirkan Mangsa Banjir

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak selepas didakwa bersikap lepas tangan dalam menjaga kebajikan mangsa yang terjejas akibat banjir, pada Ahad.

Ia berikutan tindakan kerajaan negeri yang dikatakan sering mengabaikan kebajikan mangsa banjir, khususnya di Jalan Zoo, Air Itam, dekat sini.

Berikutan itu, sekumpulan penduduk setempat meluahkan kekecewaan mereka ketika Ahli Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP, Ram Karpal yang membuat tinjauan di kawasan itu, baru-baru ini.

Mereka mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam daripada DAP, Wong Hon Wai hanya melawat sebuah rumah dan memberi makanan, sebelum meninggalkan kawasan itu.

Malah, kumpulan terbabit turut menegaskan wang ihsan RM400 yang disumbangkan kerajaan negeri kepada setiap keluarga yang terjejas dengan kejadian banjir adalah sangat tidak mencukupi.

“Macam ini ke anda (kerajaan negeri) bekerja? Mereka tiada walau sebuah pun jet air, …tiada apa yang anda sediakan untuk mereka.

“Anda cakap anda lebih bagus. Anda adalah rakyat dan segalanya (tetapi) jet air dan makanan pun tak boleh sediakan. Anda cuma melawat sebuah rumah, campak makanan, ..anda fikir kami Melayu terdesak?

“Anda pergi lihat sendiri rumah yang terbabit. Anda tahu tak saya sendiri terpaksa pergi dapatkan jet air untuk mereka. Siapa kerajaan ini? Saya atau anda semua kerajaan?” katanya yang dipetik daripada Buletin TTKM.

Bagaimanapun, Ram Karpal yang juga Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat gagal memberi maklum balas untuk menenangkan kegusaran kumpulan penduduk terbabit.

Beliau sebaliknya hanya menjelaskan: “Kita sudah pergi ke sana (Jalan Zoo), …errr YB Wong baru sahaja ke sana. Bagaimanapun, saya tidak tahu dan tak nampak beliau (Hon Wai).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");