Isu Panas

Kerja Keras Pastikan Kemenangan BN Dalam PRU-14

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Skuad Sayang Kebangsaan bersedia untuk bekerja keras dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan seramai 1.3 juta ahlinya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Penaungnya yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, Skuad Sayang Kebangsaan telah memulakan langkah pantas dalam memacu perubahan, melonjakkan momentum perjuangan untuk memenangi semula hati dan jiwa rakyat.

“Perubahan iklim politik kini semakin sukar diramal dan tidak menentu aturannya. Kita tidak boleh berpuas hati dengan kedudukan sedia ada.

“Saya pasti di hadapan kita masih ada gelombang yang lebih besar. Kita perlu bersedia untuk melakukan kerja-kerja yang lebih mantap dan berkesan di jiwa rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan Tahun 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Dun serta Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar. – UTUSAN ONLINE

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");