Jenayah

Kes Lacur Anak: 3 Suspek Dikenal Pasti

JOHOR BAHRU: Polis berjaya mengenal pasti tiga suspek utama warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang disyaki melacurkan dua anak perempuannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semua suspek berusia 30-an itu termasuk teman lelaki kepada wanita tempatan yang disyaki melacurkan anaknya berusia berusia lapan dan 10 tahun.

Katanya, semua suspek dipercayai sudah keluar dari Johor tetapi masih berada di dalam negara.

“Meskipun belum dapat menahan ketiga-tiga suspek utama itu, kita sudah mengenal pasti identiti suspek menerusi pasport mereka.

“Kita sudah mengambil langkah tertentu untuk menahan suspek dan kita percaya akan menahan ketiga-tiga suspek utama itu dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Hari Keluarga Ceria Bersama PDRMcare di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini, menurut laporan BH Online.

Mengulas berkenaan keadaan kanak-kanak yang menjadi mangsa pelacuran itu, Mohd Khalil berkata, mereka kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan keadaan mereka stabil walaupun masih trauma.

Pada 25 Oktober lalu, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya itu kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Sehingga kini, polis berjaya menahan tujuh lelaki warga Bangladesh berusia 28 hingga 42 tahun dan seorang lelaki tempatan yang juga majikan warga asing berkenaan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

Wanita yang juga ibu tunggal itu yang ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lalu.

Dia dikatakan akan membawa kedua-dua anaknya itu ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa bersama tiga lelaki berkenaan dan sebagai balasan, wanita itu akan menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");