Isu Panas

Kit Siang Perlu Jelaskan Pendirian Tentang Isu Bugis – Salleh

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung penghinaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kumpulan etnik Bugis sehingga menimbulkan kekecohan baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Memetik laporan Bernama, Salleh berkata sikap berdiam diri Kit Siang sebaliknya akan dilihat sebagai menyokong apa yang dikatakan oleh Mahathir dan boleh ditafsirkan sebagai mempergunakan bekas perdana menteri itu menjadi senjata untuk menentang orang Melayu, seperti yang dinyatakan anggota DAP, Hew Kuan Yew.

“Jika Kit Siang mahu dirinya dipandang serius sebagai bakal perdana menteri Pakatan, beliau tidak boleh berdiam diri dan terus bersembunyi di belakang proksi Melayu,”kata Salleh dalam catatan terbaharu blog beliau hari ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata Kit Siang biasanya amat pantas mengeluarkan kenyataan dengan menganggap taktik politik sedemikian sebagai perkauman, terutamanya ketika beliau menjadi sasaran serangan sedemikian.

“Kali ini, pelik melihat Kit Siang berdiam diri mengenai serangan Mahathir terhadap kaum Bugis walaupun banyak permintaan dibuat supaya beliau memperjelaskan kedudukannya sebagai pemimpin umum Pakatan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");