Laporan Eksklusif

KP1M Beri Bantuan Tanpa Kira Fahaman Politik

SEBERANG JAYA: Demi meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah mengambil inisiatif untuk turun padang serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan gerak kerja ini juga susulan daripada lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Mutiara ini semalam.

 

“Bantuan yang kita berikan ini adalah tanpa sempadan di mana kita memberi bantuan kepada semua mangsa banjir ini tanpa mengira fahaman politik.

“Pada hari ini juga, kita mengagihkan bantuan-bantuan seperti tilam, bantal, selimut, alatan kebersihan diri, susu bayi, makanan, tikar, toto, khemah dan sebagainya.

 

“Dan saya percaya, dengan sedikit pengalaman yang kita ada (melalui beberapa siri bantuan kemanusiaan yang dianjurkan), kita dapat agihkan kesemua bantuan ini dengan baik,” katanya.

Tambah beliau, jenis-jenis bantuan juga akan diberikan serta ditambah baik mengikut keperluan pusat-pusat pemindahan banjir sementara, berpandukan arahan oleh ketua-ketua polis daerah yang terlibat.

 

“Dalam menghulurkan bantuan ini, kita juga sentiasa bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi kerajaan yang antara lainya kerana tidak mahu semuanya membawa barang bantuan yang sama, dan akhirnya menjadi satu lambakan (dan pembaziran).

“(Sebagai contoh), kita tidak mahu kita bawa tilam, orang lain pun bawa tilam.

 

“Oleh kerana itu, (sebelum turun padang) kita akan berbincang dan pada masa sama, meminta nasihat Perdana Menteri dalam menentukan bentuk-bentuk bantuan yang diperlu diberi.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan dan respons yang kami terima, semua pusat-pusat penempatan sementara ini tidak mengalami masalah kekurangan makanan dan kami ucap tahniah kepada kerajaan negeri, persekutuan dan agensi yang terlibat kerana bersama-sama mengembeling tenaga, membantu mereka ,” ujarnya.

 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, pada hari ini, KP1M memfokuskan kepada lapan buah pusat permindahan dan pada esoknya, kira-kira 500 sukarelawan akan terlibat dalam membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di sekitar Pulau Pinang.

 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan pengagihan bantuan kepada 63 keluarga di Pusat Permindahan Banjir Sementara, Majlis Perbandaran Seberang Jaya, dekat sini, pada Rabu.

Program Misi Bantuan Banjir KP1M hari ini melibatkan kira-kira 50 orang sukarelawan beserta 40 kontena yang membawa pelbagai jenis bantuan dan keperluan harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");