Laporan Eksklusif

KP1M Prihatin Anggota Polis Yang Turut Terjejas Akibat Banjir Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) terus menyatakan keprihatinan mereka kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Pulau Pinang khususnya melibatkan keluarga petugas-petugas keselamatan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jasa dan pengorbanan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) harus dihargai yang mana ada antara mereka terpaksa bertugas membantu mangsa-mangsa banjir walau pada masa sama mereka turut ditimpa ujian yang sama.

 

“Berdasarkan kepada lawatan kami yang bermula sepanjang beberapa hari ini, didapati mangsa-mangsa banjir bukan sahaja dalam kalangan rakyat biasa malah petugas-petugas dan pegawai polis yang berada di barisan pertahanan hadapan, turut telibat.

“Walaupun ada antara mereka, rumahnya ditenggelami air, dan menetap di pusat pemindahan banjir sementara namun, suami atau isteri mereka tetap terus menjalankan tanggungjawab sebagai anggota polis.

 

“Dan saya juga ingin ucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada semua anggota PDRM Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan bantuan untuk anggota PDRM di Balai Polis Timur Laut, dekat sini, pada Jumaat.

Ia turut disempurnakan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar.

 

Sumbangan KP1M berupa 100 set tilam, bantal, selimut dan sebagainya diserahkan kepada Anuar, untuk diagihkan kepada 70 keluarga anggota yang turut terjejas akibat bencana banjir.

Terdahulu, pasukan sukarelawan tersebut telah menyerahkan beberapa bantuan kepada Balai Polis Seberang Jaya dan bu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");