Jenayah

Lagi Tangkapan Kes Ibu Lacur Anak

JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lagi lelaki termasuk dua warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang wanita disyaki melacurkan dua anak perempuannya berusia lapan dan 10 tahun, Rabu lalu.

Warga Bangladesh itu yang kedua-duanya berusia 35 tahun, ditahan petang semalam, manakala lelaki berusia 48 tahun ditahan jam 1.30 tengah hari ini.

Dengan tangkapan terbaru itu, tujuh warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata lelaki berusia 48 tahun itu yang juga majikan warga Bangladesh terbabit, akan disiasat mengikut Seksyen 55 B Akta Imigresen.

“Polis sudah mengenalpasti suspek utama dan sedang mengesan suspek lain yang terbabit dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rabu lalu, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Wanita yang juga ibu tunggal itu yang ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, disyaki telah melakukan kegiatan itu sejak sebulan lalu.

Dia akan membawa kedua-dua anaknya itu ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa bersama tiga lelaki berkenaan dan sebagai balasan, wanita itu akan menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ itu.

Kedua-dua mangsa telah pun dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil membantu polis dengan menyalurkan maklumat kepada Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said di talian 07-6632222.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");