Membawang Hari Ini

Lagu Dicaj Terlalu Mahal, ‘Comeback’ Elite Tertangguh

BULAN lalu,girl group paling berpengaruh era 90-an Elite mengumumkan akan muncul dengan single terbaru dan akan membuat kemunculan semula selepas 10 tahun menyepi daripada dunia hiburan.

Namun, hasrat berkenaan seakan terbantut apabila salah seorang anggotanya iaitu Sasha Saidin mendakwa seorang penerbit lagu telah membuat tawaran yang tidak munasabah.

Terdahulu, seorang penerbit telah menawarkan tiga single sebagai ‘buah tangan’ kemunculan semula Elite. Namun, mereka menyifatkan harga yang ditawarkan bagi setiap lagu ‘tidak masuk akal’.

“Bayangkan, harga yang kami perlu bayar untuk setiap lagu tak logik. Kalau boleh, kami mahu bekerja dengan penerbit yang pernah membantu Elite.

“Sudah tentu kami tidak mahu membuat come back (kemunculan semula) yang seolah-olah melepaskan batuk di tangga saja. Alang-alang buat, biarlah betul dan meninggalkan impak.

“Semuanya perlu dirancang rapi dan sudah tentu kita perlukan tajaan untuk membuat come back,” katanya dipetik BH Online.

Sasha yang juga jurucakap kumpulan itu berasa kesal dengan berita tersebut dan menyatakan come back yang bakal dilakukan untuk menghargai peminat dalam dan luar negara yang masih mengikuti perkembangan mereka.

“Sampai hari ini, kami masih terima permintaan peminat untuk aktif semula.

“Bayangkan, anak-anak peminat kami juga tahu kewujudan Elite. Pengikut kami bukan saja di Malaysia malah sampai di Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Jadi, kalau projek bergabung dan aktif semula menjadi, kami mahu adakan siri jelajah. Cita-cita kami besar tapi tak salah untuk menyimpan keinginan begitu,”katanya.

Kumpulan yang popular dengan lagu Trauma ini pernah dianggotai Sasha, Linda Rafar, Watie Sadali, Azza dan Abby Abadi.

Namun, untuk kemunculan semula, Abby Abadi mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan bidang nyanyian.

“Abby dari awal lagi menolak untuk menyertai kami jika projek ini menjadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, nama mereka disebut-sebut kerana tularnya video persembahan di majlis persandingan semula Abby dan suaminya serta pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza. – MYNEWSHUB.CC/SA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");