Perak Hari Ini

Laksana Pelbagai Program Bantu Petani, Penternak Negeri Perak

IPOH:Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dalam bidang agro pertanian dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan peruntukan khusus buat petani dan penternak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan,Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata sejumlah peruntukan besar telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“Sebanyak RM44.5 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri bagi tempoh rancangan Malaysia ke-11 iaitu pada tahun 2016 sebanyak RM8.5 juta sebanyak RM6.6 juta bagi tahun 2017.

“Pelaksanaan bajet pertanian dilaksanakan berdasarkan Perak Amanjaya, Model Baru Ekonomi dan Dasar Agromakanan Negara (2011-2020) serta dokumen wawasan 2020 negeri Perak yang bertujuan meningkatkan ‘Food Security’ melalui modus operandi pertanian kepada pengeluaran komersil,”katanya menjawab soalan lisan oleh ADUN Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias pada sesi pada sesi mesyuarat ketiga penggal kelima dewan Undangan Negeri hari ini.

Katanya lagi, menerusi intipati RMK-11 Jabatan Pertanian telah memberi peluang kepada usahawantani membesarkan projek sedia ada dengan menyediakan plot pertanian yang boleh disewa iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri ini

“Keseluruhan TKPM di Perak berkeluasan 726.8 hektar dan melibatkan seramai 95 peserta dengan pengeluaran hasil buah-buahan sebanyak 11,623.4 metrik tan bagi tahun 2016,” katanya.

Katanya lagi, Jabatan Pertanian telah melaksanakan 891 kursus latihan melibatkan 23,675 petani manakala pada tahun 2016 sebanyak 681 krusus dianjurkan melibatkan 14,226 orang petani.

Sementara itu katanya, sebanyak 20 peserta yang merupakan kakitangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menyertai projek peralihan TLDM Lumut dalam penanaman cendawan tiram kelabu dan fertigasi cili melibatakan peruntukan sebanyak RM750,000 bagi pembinaan rumah cendawan dan struktur fertigasi.

Katanya lagi, jumlah peserta dijangka akan meningkat dari semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");