Perak Hari Ini

Lapangan Terbang Antarabangsa Perak: Kor Ming Putar Belit Kenyataan Menteri

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming dengan semberono telah memutar belitkan kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan  pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Perak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Pengersi DAP Perak itu mendakwa kononya Kementerian Pengangkutan Malaysia hanya menerima satu permohonan daripada syarikat swasta dan bukanya kerajaan negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam,Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa kerajaan negeri serius terhadap cadangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa itu.

Dalam satu sidang media, hari ini, beliau turut membaca dan menunjukkan surat rasmi daripada kementerian tersebut kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung jawapan balas terhadap hasrat kerajaan negeri.

“Antara isi kandunganya, dengan jelas menyebut bahawa Kementerian Pengangkutan telah menerima cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk pembangunan sebuah  lapangan terbang baharu di Gerbang Perindustrian Cempaka Sari (GPCS), di atas tanah kerajaan seluas lebih kurang 10,321 ekar.

“Ia turut menyatakan akan dibina di kawasan Mukim Bota dan Lambor Kanan, Perak tengah, oleh Malaysian Resources Corporation Sdn Bhd (MRCB).

Kata Hang Soon,  ia juga menyatakan bahawa satu mesyuarat telah diadakan pada 8 Mei lalu antara Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Malaysian Airports Holding Berhad (MAHB), MRCB bersama-sama Kerjaan Negeri bagi membincangkan hal ini.

“Buat masa ini, draf laporan akhir sedang disiapkan dan ianya akan dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan, sebelum dibentangkan dalam Majlis Ekonomi yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Tambah ADUN Chenderiang itu, satu mesyuarat khas antara kerajaan negeri dengan Kementerian Pengangkutan juga akan diadakan Selasa hadapan.

“Apa yang dikatakan oleh ADUN Kepayang itu yang bukan sahaja dalam dewan hari ini, malah melalui siri-siri ceramahnya, adalah satu pembohongan dan putar belit.

“Dalam ceramahanya juga, dia turut mempersenda dan menyangkal usaha kerajaan dalam pembangunan lapangan terbang tersebut,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");