Jenayah

Lebih 20,000 Individu Ditahan, Dadah RM7.73j Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan 12 sindiket dan menahan lebih 20,000 individu berhubung kesalahan berkaitan dadah dengan nilai rampasan keseluruhan RM7.73 juta di sekitar Lembah Klang dari awal Januari sehingga 31 Oktober lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 3,699 disyaki pengedar dan bakinya mereka yang menyalahgunakan dadah.

Mazlan berkata polis juga menyita sebanyak RM8.5 juta harta dipercayai hasil berkaitan pengedaran dadah.

“Jumlah dadah yang dirampas ialah heroin seberat 42.6 kg, ganja 118 kg, syabu 68 kg, pil Eramin 5 (39,298 biji), pil ekstasi (35,047 biji), pil yaba (315 biji), ketamin 4.4 kg, daun ketum 193 kg dan air ketum 996 liter,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");