Jenayah

Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan, Kaki Terikat

JELAPANG – Seorang pemilik pasar raya ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat dalam di premisnya dalam kejadian samun di Pusat Perdagangan Jelapang 2 di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, peniaga itu, Sem Ah Yem, 69, ditemui dengan kesan kecederaan di kepala di bilik tidurnya di tingkat atas premis itu pada kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa ditemui anaknya ketika mahu memulakan operasi pagi ini. Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh oleh sekumpulan suspek yang menceroboh melalui siling premis.

“Suspek memecah peti besi dan melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah antara RM70,000 hingga RM80,000. Ketika kejadian, mangsa tinggal sendirian,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");