Membawang Hari Ini

Lelaki Sahaja Boleh Tonton Konsert Nelly

Penyanyi hip hop Amerika Syarikat, Nelly dan penyanyi asal Algeria, Cheb Khaled bakal dilaporkan akan mengadakan konsert di Jeddah pada 14 Disember depan. Konsert kolaborasi tersebut sempena penyatuan Barat dan Timur melalui muzik.

Walau bagaimanapun tidak semua peminat dapat menikmati kemeriahan konsert tersebut apabila ianya hanya khas untuk kaum lelaki sahaja.

Justeru menimbulkan rasa ketidakpuashatian kalangan peminat kaum hawa dengan keputusan tersebut. Mereka mempersoalkan kenapa hanya lelaki yang dibenarkan, padahal ia diuruskan oleh sebuah syarikat televisyen swasta dan bukan milik kerajaan.

Selain daripada itu, lirik-lirik lagu Nelly yang mempunyai sebarang kata-kata kesat telah ditukarkan kepada perkataan yang lebih sesuai.

Dalam pada itu, tidak semua pihak teruja dengan kehadiran Nelly ke negara itu disebabkan penyanyi tersebut juga mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau yang memberi reaksi kurang senang kepada netizen.

..

Sebelum ini Nelly pernah didakwa memiliki marijuana dan merogol pelajar kolej, tetapi semua dakwaan tersebut dinafikan beliau.

Konsert ini juga bertujuan sebagai menaiktaraf aktiviti hiburan rakyat Arab Saudi dan pemangkin ekonomi negara.

Begitupun jualan tiket RM500 untuk konsert tersebut dianggap sangat tidak wajar dan ianya dijual hanya untuk kaum lelaki.

Ini bukan pertama kali konsert yang diadakan di Jeddah hanya untuk lelaki. Pada Mei lalu ketika lawatan Presiden Donald Trump di Riyadh, pengecualian keatas kaum wanita dilakukan ketika kehadiran penyanyi muzik country, Toby Keith.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");