Sukan Hari Ini

LMFA Gesa Ahmad Bashah Undur

KUALA LUMPUR: Persatuan Penyokong Lang Merah (LMFA) mahu melihat perubahan berlaku dalam pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) demi kebaikan bola sepak negeri itu.

Gesaan itu dibuat bagi melihat keserasian antara kepimpinan KFA dan penyokong terutamanya selepas melihat kecelaruan berlaku membabitkan penjualan tiket final Piala Malaysia, baru-baru ini.

Presiden LMFA, Wan Mohd Syazwan Wan Mohd Fadzelah berkata perubahan haruslah berlaku bermula daripada jawatan presiden yang kini disandang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Kami mahu kepimpinan baharu dalam pentadbiran KFA untuk melihat sistem pengurusan semakin kukuh dan sistematik.

“Paling penting, kerja presiden mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri ini. Selepas beberapa insiden yang berlaku seperti sistem penjualan tiket kurang ‘sopan’, jadi biarlah presiden baharu ambil alih tugas itu,” katanya, menurut laporan BH Online.

Sebelum ini, tiga pemimpin kanan KFA sedia melepaskan jawatan masing-masing sekiranya mendapat persetujuan Ahmad Bashah bagi memberi peluang kepada ‘orang bukan politik’ menerajui persatuan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah akan berbincang dengan KFA sebelum membuat sebarang keputusan berhubung desakan supaya beliau melepaskan jawatan presiden badan induk itu.

Tambah Syazwan, kejadian ‘boo’ terhadap Ahmad Bashah seakan petunjuk yang penyokong Helang Merah mahukan individu lain memimpin KFA.

“Sejak Ahmad Bashah memimpin KFA, adakah penyokong menyokong anda? Adakah mereka di belakang anda? Kalau saya salah dalam mengutarakan soalan ini, kenapa penyokong ‘boo’ anda?

“Tuan presiden, tolonglah undur. Kami mewakili seluruh kelab penyokong dan semua penyokong Hijau Kuning mahu presiden baharu dalam pentadbiran KFA,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");