Perak Hari Ini

Mahkamah Minta Razman Bayar RM200,000 Kepada Nizar

IPOH:Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar sejumlah RM200,000 kepada Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan kes saman fitnah terhadapnya pada tahun 2015.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan tersebut bertempat di Mahkamah Seksyen Sivil 3 di sini hari ini.

Menurut peguam plaintif Asmuni Awi, pihaknya telah mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya.

Sementara itu, defendan yang diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim berkata pihaknya akan menilai semula permintaan pembelaan berkaitan bayaran kos ganti rugi berhubung keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Pihak mahkamah telah membatalkan tuntutan balas dan tidak terima pembelaan berikutan itu plaintif perlu membayar sejumlah RM200,000 dan kos mengikut pihak plaintif pula akan dinilai semula untuk sebarang rayuan,” katanya ketika ditemui media di luar perkarangan mahkamah hari ini.

Terdahulu saman itu berikutan dawaan Razman bahawa bekas MB Perak itu “menyokong konsep negara sekular DAP dan bahawa dia perlu menyertai DAP”.

Nizar yang kini bersama AMANAH pada mulanya memfailkan saman fitnah sebanyak RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada tahun 2015 bagaimanapun, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Kedua-dua penyokong turut kelihatan berada di perkarangan mahkamah sehingga tamat perbicaraan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");