Perak Hari Ini

Mahu Pangkor Dikenali Sebagai Syurga Keluarga: MB Zambry

IPOH: Menteri Besar Perak menegaskan keputusan menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bagi semua barangan kecuali minuman keras dan rokok adalah bertujuan untuk menjadikan pulau pelancongan itu sebagai ‘Syurga Keluarga’.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, selain mahu merancakkan ekonomi pulau tersebut yang seimbang dengan pemeliharaan alam semula jadi, ia juga mahu menampilkan Pangkor sebagi pulau berkonsepkan ‘gaya hidup sihat’ dan bukannya ‘gaya hidup bebas rokok dan minuman beralkohol’.

“Isu besar yang dibangkitkan rata-rata pembangkang ialah soal rokok dan arak yang mana mereka berpendapat dengan tidak memasukkan barangan tersebut sebagai barangan yang dikecualikan cukai, adalah tiada makna.

“Inilah cara pemikiran ekonomi bebas cukai cara pembangkang, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh.

“Biarlah mereka kata saya tidak pandai dan jika hendak kata saya lemah prihal ekonomi dalam bab arak dan rokok, saya akui.

“Lainlah pembangkang, yang memang pakar dalam bidang ekonomi rokok dan arak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Isnin.

Terdahulu, ADUN Yong Choo Kiong ( DAP-Tronoh) dilaporkan mempersoalkan pengumuman Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bagi semua barangan kecuali bagi minuman keras dan rokok dalam satu Sidang DUN lalu.

Dalam perkembangan sama, Zambry yang juga ADUN Pangkor berkata kerajaan negeri sedang meneliti cadangan menjadikan mana-mana kenderaan, termasuk motosikal, yang hendak dijadikan teksi, dimasukkan dalam senarai barangan bebas cukai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");