Berita Hari Ini

Malaysia-Indonesia Meterai MoU Pendidikan Tinggi Islam

KUCHING – Kerajaan Malaysia dan Indonesia hari ini memetrai memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi Islam.

MoU itu ditandatangani sempena Rundingan Hubungan Malaysia – Indonesia Ke-12 di sini hari ini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam MoU itu kerajaan Malaysia diwakili oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, manakala kerajaan Indonesia diwakili oleh Kementerian Agama Indonesia lapor Bernama.

MoU berkenaan bertujuan mengukuh dan membangunkan hubungan mesra antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi Islam.

Di samping itu, ia sebagai menghargai peri pentingnya pendidikan tinggi Islam sebagai faktor pembangunan sosio-budaya dan ekonomi kedua-dua negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");