Jenayah

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

KOTA BHARU: Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi Selasa berbanding 1,078 orang malam Isnin.

Menurut laporan mStar Online, kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 624 mangsa daripada 176 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 417 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Hujan kadangkala lebat yang berterusan sejak malam tadi itu juga menyaksikan 274 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pasir Puteh dan 189 daripada 50 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Machang.

Selain itu, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tanah Merah, 81 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok dan enam mangsa daripada dua keluarga di sebuah PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 10.06 meter pada 7 pagi Selasa berbanding 9.68 meter pada 9 malam Isnin (paras bahaya 9 meter).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");