Perak Hari Ini

Masyarakat Cina Jangan Mudah Diputarbelitkan Pembangkang- Liow Tiong Lai

BATU GAJAH:MCA meminta agar komuniti masyarakat Cina tidak terkebelakang dan mudah diputarbelitkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA sentiasa  bersama komuniti Cina dalam arus perdana pembangunan Malaysia yang berkembang pesat dan menuju ke arah negara maju kini.

“Kaum Cina jangan keterbelakang dan mudah diputarbelitkan oleh pembangkang.

“Mereka telah mendapat sambutan yang kuat daripada komuniti cina tetapi membazirkan kekuatan yang diberikan kerana mereka parti yang negatif dan pecah belah,” katanya dalam sidang media sejurus selepas merasmikan Karnival Jom Teguh Bersama Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Thung Hon, di sini hari ini.

Jelasnya, pihak pembangkang hanya tahu mengkritik, mengutuk ramai pihak dan menanam benih kebencian serta perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Kita perlu pastikan MCA diberikan mandat dan kepercayaan dan menerusi program sebegini kita dapat berdampingan dengan masyarakat serta menyampaikan mesej penting kepada pembangunan negara,” katanya.

Tegasnya MCA akan terus menyampaikan matlamat dalam usaha menyatupadukan parti lebih akrab dengan masyarakat Cina.

“MCA akan terus bersama-sama komuniti Cina dan perlu pastikan kali ini kita mendapat sokongan masyarakat cina kerana terbukti MCA telah menjalankan pelbagai pembangunan masyarakat dalam negara,” katanya.

Terdahulu terdapat lebih 30 pameran barangan jualan dan perkhidmatan disediakan kepada pengunjung karnival tersebut anjuran MCA Perak.

“Program sebegini menggambarkan inisiatif MCA demi masyarakat memperlihatkan MCA sebuah parti yang positif dan membina serta banyak menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");