Jenayah

Mayat Pemilik Kedai Cuci Kereta Dijumpai Ditanam

SEREMBAN – Mayat pemilik sebuah kedai mencuci kereta dijumpai ditanam di tepi jalan berhadapan sebuah kawasan perkuburan Kristian, di KM17 Jalanm Siliau – Port Dickson, dekat sini, Sabtu lepas.

Lelaki yang merupakan pemilik kedai mencuci kereta itu pada awalnya disangka hilang kerana tidak pulang ke rumah selepas pergi ke kedainya pada 13 September lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata mayat mangsa ditemukan susulan tangkapan lapan individu termasuk seorang wanita berusia 29 hingga 39 tahun dalam serbuan berasingan di Seremban, Perak dan Selangor dari 6 November hingga 10 November lepas.

“Mangsa telah pergi ke premisnya pada 13 September lepas kira-kira pukul 7.30 pagi dan keesokan harinya kira-kira pukul 12.21 tengah hari, abang mangsa telah buat satu laporan polis mengenai adiknya yang tidak pulang ke rumah setelah pergi kerja (kedai cuci kereta) di kawasan Jalan Ampangan – Paroi, di sini.

Berdasarkan laporan itu, rakan sekerja mangsa mendakwa semasa mangsa berada di premisnya, terdapat dua lelaki tidak dikenali bersama mangsa kira-kira pukul 7.15 malam telah menaiki sebuah kereta jenis Honda City dan tidak pasti menuju ke mana dan berikutan itu satu kertas siasatan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai Kes Orang Hilang.

“Bagaimanapun, pada 23 September lepas kira-kira pukul 11.32 pagi, polis menerima satu laporan polis susulan yang dibuat pakcik mangsa menyatakan beliau mendapat tahu daripada seseorang bahawa mangsa ada masalah peribadi dan orang tersebut akan buat sesuatu kepada mangsa bila-bila masa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya berikutan itu, kes diklasifikasikan semula kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, maka pihak polis telah membuat tangkapan terhadap tujuh lelaki dan seorang wanita, berusia antara 29 tahun hingga 39 tahun untuk siasatan lanjut.

Hasil tangkapan tersebut, Sabtu lepas mayat mangsa telah ditemui di dalam satu lubang yang terletak di tepi jalan, Jalan Siliau – Port Dickson. Justeru, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Bernama.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");