Perak Hari Ini

MBI Johan Keseluruhan Sukan PBT 2017

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) muncul sebagai johan keseluruhan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setelah menjuarai lapan daripada 10 acara yang dipertandingkan bermula yang berlangsung pada 17 hingga 19 November lalu di Kampar.

Lapan acara tersebut iaitu pertandingan boling,golf,karom,dart,ping pong,tarik tali,badminton dan ibu segala kejuaraan iaitu bola sepak dengan mengalahkan 15 pasukan daripada 14 PBT seluruh negeri Perak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man kejayaan berkenaan adalah hasil kerjasama berpasukan daripada semua atlet yang terlibat serta sokongan keseluruhan warga MBI.

Beliau yang juga selaku penaung kontijen MBI turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diraih oleh MBI bagi acara kali ini.

“Ia satu kemenangan paling manis adalah apabila menjuarai ibu segala pingat iaitu bolasepak setelah menewaskan pasukan Majlis Perbandaran Teluk Intan dengan jaringan 1-0,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Sukan Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan secara dwi tahunan ini merupakan salah satu acara sukan yang berprestij di peringkat kerajaan tempatan selain daripada Sukan MAKSAK dan lain-lain kejohanan seumpamanya malah MBI juga telah berjaya merangkul juara keseluruhan Sukan PBT sejak bermulanya kejohanan iaitu pada pada tahun 2009, 2011, 2013 dan 2015.

Sejumlah 175 orang atlet dan urus setia kontinjen yang diselaraskan oleh Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Haji Zakaria selaku Chef de Mission terdiri daripada setiap jabatan dan lapisan jawatan telah menyertai 10 acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini.

Datuk Bandar, Setiausaha Bandaraya dan Pengarah Kewangan MBI turut mewakili MBI bagi acara boling dan berjaya menjuarai acara tersebut malah Datuk Bandar juga turut mewakili MBI dalam acara golf.

Bagi kejohanan edisi kali ini turut memperkenalkan sistem baharu untuk menentukan juara keseluruhan menyaksikan kontinjen MBI meraih 900 mata daripada 1000 mata yang ditawarkan.

Antara pasukan yang turut menyertai sukan tersebut adalah Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Grik, Majlis Daerah Lenggong, Majlis Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Daerah Tanjung Malim dan Majlis Daerah Selama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");