Isu Panas

‘Mentaliti Menang’ Tingkat Semangat Hadapi PRU-14

MASJID TANAH: Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung bulan depan menjadi pentas terbaik buat perwakilan untuk menyampaikan mesej ‘mentaliti menang’.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata perhimpunan agung yang dijangka diadakan pada 5 hingga 9 Disember itu menjadi pentas terbaik untuk menaikkan semangat perwakilan dan ahli UMNO bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.

“Sudah tentu perhimpunan agung kali ini akan mencetuskan satu daya juang yang baharu buat ahli UMNO bagi menghadapi PRU akan datang.

“Selebihnya, saya tidak boleh memberi butiran sekarang kerana akan diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Dewan Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, Setiausaha Agung UMNO itu juga akan mengumumkan satu persidangan khas yang akan mencetuskan satu daya juang baharu buat ahli UMNO.

“Kami mahu menggalakkan budaya pemikiran buat ahli untuk menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Mengulas kemungkinan PRU-14 akan diadakan pada April tahun depan, Ab Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, berkata beliau tidak tahu dengan ‘1,001 kemungkinan’ dalam dunia politik.

“Anda perlu bertanya kepada Perdana Menteri. Saya tidak tahu, terserah kepadanya,” katanya mengulas spekulasi PRU-14 diadakan pada April atau pertengahan Mei tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");