Sukan Hari Ini

Messi Terengganu Idam Wakili Negara

KUALA TERENGGANU: Biarpun ketinggian pemain Terengganu, Mohd Faiz Mohd Nasir hanya 1.52 meter, tetapi impian arkitek skuad Penyu itu cukup besar dengan memasang tekad menyarung jersi skuad negara satu hari nanti.

Selain itu, pemain yang digelar ‘Messi Terengganu’ itu juga turut mengimpikan menjadi antara pemain tengah terbaik negara biarpun usianya kini sudah menjangkau 25 tahun.

“Saya begitu teruja dan berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana masih memerlukan khidmat saya musim depan untuk bersaing dalam pentas Liga Super.

“Namun saya mengharapkan kehadiran saya dalam skuad itu bukan sekadar pelengkap pemain atau pemain simpanan, tapi saya juga mahu memperagakan aksi terbaik bagi mengintai peluang beraksi dalam skuad kebangsaan.

“Jika saya dipilih untuk menyarung jersi skuad negara suatu hari nanti ia dianggap kenangan paling manis dalam kerjaya sukan ini kerana saya yakin semua pemain pasti mengidam untuk mewakili pasukan negara,” kata Mohd Faiz, menerusi laporan BH Online.

Musim ini bekas pemain Felcra FC itu berjaya mempamerkan aksi yang meyakinkan bersama Terengganu sehingga berjaya memikat pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim.

Malah pemain kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu juga antara watak penting kejayaan Terengganu yang kembali beraksi dalam pentas Liga Super musim depan selepas muncul naib juara Liga Perdana musim ini.

Ketika ditanya sasarannya bersama Terengganu musim depan, pemain paling rendah dalam skuad itu tanpa berselindung bertekad untuk membantu skuadnya sekurang-kurangnya menjulang satu trofi.

“Saya akui saingan dalam kancah Liga Super berbeza dengan Liga Perdana kerana lebih mencabar dan sengit, tapi bagi saya itu adalah asam garam dalam bola sepak dan yang pastinya saya menyasarkan satu piala buat pasukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");