Berita Hari Ini

Mexico Temui 1.5 Bilion Tong Minyak Mentah

MEXICO CITY – MEXICO. Syarikat minyak Mexico, Pemex, telah menemui minyak dan gas utama dengan anggaran 1.5 bilion tong minyak mentah, penemuan daratan terbesarnya dalam tempoh 15 tahun.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto berkata, kawasan baharu diberi nama Ixachi-1 itu terletak di timur negeri Veracruz berhampiran infrastruktur Pemex dan ia boleh diambil dalam masa terdekat dengan kos yang rendah.

“Anggaran jumlah minyak dan gas yang boleh dibawa ke pasaran dalam jangka masa terdekat adalah 350 juta tong,” katanya.

Menurut Pemex, saiz rizab berkemungkinan lebih besar daripada apa yang telah ditemui.

Sementara itu, jurucakap perundingan tenaga GMEC, Gonzalo Monroy menyifatkan penemuan oleh Pemex adalah berita baik berikutan syarikat terbesar itu mengalami pengurangan pengeluaran sejak beberapa tahun lalu.

“Pemex telah menemui banyak kemungkinan penerokaan. Ia berita baik untuk industri swasta dan negara,” katanya lapor Press TV.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");