Jenayah

Militan Rancang Serang Majlis Kahwin Anak Jokowi

JAKARTA: Majlis perkahwinan anak perempuan tunggal Joko Widodo (Jokowi) berdepan ancaman serangan militan apabila seorang suspek ditahan dua hari sebelum presiden itu menerima menantu.

Jurucakap polis Jakarta, Raden Argo Yuwono berkata, suspek, Rizky Anggara Putra, 25, ditangkap di sebuah rumah sewa di Bekasi, pinggir Jakarta pada tengah hari Isnin lalu.

“Rizky yang tinggal di rumah berkenaan bersama ibunya yang berusia 44 tahun disyaki penyokong kumpulan militan Daesh.

“Dia merancang melancarkan serangan terhadap kedutaan Myanmar di Jakarta dan majlis perkahwinan anak perempuan Jokowi,” katanya yang dipetik Kyodo News.

Bagaimanapun, Raden tidak mendedahkan rancangan serangan itu secara terperinci atau senjata yang mahu digunakan suspek.

Majlis perkahwinan puteri Jokowi, Kahiyang Ayu dan pasangannya, Bobby Nasution berlangsung pada Rabu di kediaman keluarga itu di Solo, Jawa Tengah.

Seramai 8,000 tetamu termasuk duta asing hadir ke majlis perkahwinan itu yang diadakan mengikut tradisi Jawa memetik Reuters.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");