Laporan Eksklusif

Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang: KP1M Sumbang RM10 Ribu Kepada PERKEP

SEBERANG PERAI: Hari kedua Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyaksikan penyerahan bantuan kepada 58 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Penyerahan disempurnakan oleh Pengerusi KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Ketua Polis Daerah SPU, ACP Noorzainy Mohd Noor di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, hari ini.

 

Selain tilam, bantal, selimut dan kelengkapan memasak, PERKEP turut menerima sumbangan bernilai RM 10,000.

Menurut Azeez, KP1M akan menyasarkan 3 parlimen iaitu Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Bagan sepanjang misi hari kedua.

“Selain menyerahkan bantuan berupa tilam, bantal, set kelengkapan memasak, khemah dan sebagainya, kita juga akan terlibat dengan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir di sekitar Seberang Perai Utara,” ujarnya.

 

Menurutnya, seramai 300 sukarelawan akan turut terlibat dalam misi bantuan hari ini.

“Kita faham dalam musibah ini, anggota keselamatan juga turut menjadi mangsa bencana. Kediaman mereka juga ditenggelami banjir namun terpaksa berkorban menyelamatkan masyarakat lain.

“Sebab itu kita perlu hargai pengorbanan anggota keselamatan walaupun keluarga mereka turut ditimpa musibah,” katanya lagi.

 

Terdahulu, team Peraktoday ada menerima komen dari netizen yang menyatakan bahawa kesengsaraan keluarga anggota keselamatan yang turut menjadi mangsa banjir.

 

Individu berkenaan turut menyatakan kekesalan kerana nasib anggota keselamatan seolah-olah diabaikan.

Dalam perkembangan lain, Azeez turut menyatakan bahawa KP1M sentiasa bersedia dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya fenomena banjir kali kedua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");