Sukan Hari Ini

Motta Direhatkan Hingga 2018

THIAGO Motta terpaksa direhatkan hingga tahun 2018 selepas Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan pemain veteran itu telah menjalani pembedahan lutut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawang PSG, pemain berusia 35 itu mengadu mengenai kesakitan pada bahagian lutut kanan sejak seri 0-0 dengan Montpellier dalam saingan Ligue 1, September lalu.

Memetik laporan Stadium Astro, pemain kebangsaan Itali itu telah turun beraksi dalam 12 perlawanan untuk skuad kendalian Unai Emery musim ini.

Tetapi, dia terpaksa direhatkan sehingga tahun depan kerana menjalani pembedahan lutut bagi mengelak daripada ia menjadi lebih teruk.

Mengungguli Kumpulan B dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan tiga mata, PSG menerima kehadiran Celtic minggu depan, diikuti dengan kunjungan ke Monaco, empat hari berikutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");