Membawang Hari Ini

Nad Zainal, Sharifah Sakinah Sudah Tak Bertegur?

JIKA sebelum ini kedua-duanya dilihat mempunyai hubungan yang amat akrab sekali, namun mereka akhirnya mengambil keputusan untuk tidak bertegur sapa pula semasa bergandingan bersama.

Kenapa pula jadi macam tu?

Ooops, sebelum terlalu cepat memutuskan bahawa mereka sedang ‘bercakaran’, sebenarnya Nad dan Sakinah cuma mahu mendalami karakter masing-masing ketika menjalani penggambaran sebuah cerekarama yang bakal diterbitkan di TV3 pada Sabtu ini sempena sambutan Maulidul Rasul.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin,27, mengakui bahawa dia terpaksa berbuat demikian supaya tumpuannya tidak terganggu ketika di set.

Selepas drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka, Nad dan Sakinah sudah ‘berpakat’ untuk tidak bertegur supaya mereka dapat menghayati watak masing-masing dalam cerekarama bertajuk Fatonah Azali.

Cerekarama tersebut mengisahkan mengenai kisah hidup seorang gadis yang menghidapi autisme sejak kecil.

“Bukan mudah mengubah mood daripada drama genre santai kepada karya yang sarat dengan air mata. Kebetulan, sekali lagi saya digandingkan bersama Sakinah untuk cerekarama ini.

“Sejak awal lagi, saya beritahu Sakinah yang saya tidak mahu bercakap dengannya sepanjang penggambaran cerekarama Fatonah Azali,“ kata Nad dipetik daripada BH Online.

Selain Nad dan Sakinah, ramai lagi pelakon turut membintangi cerekarama tersebut, iaitu Redza Rosli, Raja Azura, Zaibo dan ramai lagi.

Tambah ibu kepada seorang anak itu, dia juga mengakui bahawa mereka perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dan sentiasa menghormati karakter masing-masing.

Nampaknya, ‘pengorbanan’ mereka tu menjadilah juga kerana kalau ditonton lakonan mereka dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu boleh pecah perut dibuatnya!

Masing-masing bawak watak bimbo, tetapi kali ini dua-dua kena lakonkan watak yang serius!

Ketika lakonan mereka bagi drama rantaian Girlfriend Aku Dari Neraka, ramai penonton berpuas hati dengan gaya lakonan bersahaja yang ditunjukkan.

“Tidak sangka dalam banyak karakter berat membabitkan emosi yang dilakonkan, watak bimbo dalam drama Girlfriend Aku Dari Neraka yang meninggalkan impak mendalam.

“Namun, kalau boleh saya tidak mahu membawakan watak begitu lagi kerana karakter Nelly ada keunikannya tersendiri.

“Jika ada tawaran begitu, biarlah berbeza di mana karakter itu saya olah secara spontan hasil perbincangan bersama hero, Aiman Hakim Ridza dan Sakinah,”katanya.

Dalam masa yang sama, Sakinah dan Nad juga merupakan sahabat baik sebelum mereka digandingkan di dalam drama. Jangan ingat selebriti tak boleh jadi kawan baik okay. –MYNEWSHUB.CC / AH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");