Perak Hari Ini

Naik Taraf Perkhidmatan Jalur Lebar Di Hulu Perak Dijangka Siap 2020

IPOH: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM), sedang giat melaksanakan inisiatif Perluasan Liputan Selular dan Jalur Lebar Mudah Alih, menerusi Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat, di Daerah Hulu Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi danMultimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata SKMM melalui Telekom Malaysia (TM) juga sedang melaksanakan program penaiktarafan ibu sawat yang sedia ada melalui inisiatif Projek Jalur Lebar Luar Bandar (Sub Urban Broadband).

“Terdapat dua ibu sawat TM daerah tersebut yang terlibat dalam program naik taraf ini, iaitu ibu sawat Pengkalan Hulu (PHU) dan ibu sawat Gerik (GK).

“Projek ini berupaya menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 20Mbps dan ia dijangka siap penghujung tahun 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Selain, Norlee yang juga ADUN Tualang Sekah berkata, walaupun Hulu Perak kekurangan populasi penduduk dan kekurangan pembangunan pelan pembangunan struktur oleh pihak komersial telco, namun, SKMM telah memberi keutamaan kepada daerah tersebut di bawah Dana Perkhidmatan Sejagat (USP Fund).

Antara inisiatifnya termasuk Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) dan Struktur Telekomunikasi TE3.

Dalam pada itu, beliau berkata, SKMM juga sedang dalam proses memperluaskan liputan 3G di kawasan-kawasan yang masih mempunyai liputan 2G dan bagi perluasan liputan 4G, ianya memerlukan beberapa kajian termasuk struktur muka bumi sesuatu kawasan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");