Berita Hari Ini

Najib Kutuk Serangan Pengecut Di New York

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan seorang pemandu trak merempuh laluan basikal dan pejalan kaki, menyebabkan lapan terbunuh dan lebih 12 cedera, di Lower Manhattan, New York, Selasa, sebagai serangan kejam dan pengecut terhadap orang awam.

“Ingatan dan doa saya untuk New York. Kehilangan nyawa tidak berdosa  hari ini.

“Kami bersama berdiri teguh menentang serangan pengecut terhadap kemanusiaan,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitter rasminya, hari ini.

Laporan media menyebut seorang lelaki berusia 29 tahun memandu trak disewa dan merempuh laluan basikal dan pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah.

Pihak berkuasa menganggap tindakan lelaki itu sebagai serangan pengganas.

Selepas serangan itu, suspek dikatakan keluar dari kenderaan sambil memegang dua senapang iaitu senapang ‘paintball’ dan senapang angin sebelum ditembak di perut oleh polis dan ditahan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");