Membawang Hari Ini

“No Gadjet!” – Nad Zainal

PELAKON Nad Zainal mengakui mempunyai alasan tersendiri apabila memilih untuk tidak mendedahkan anaknya dengan gajet ketika usia masih kecil.

Menurut Nad, 27, dia tidak mahu anak lelakinya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq terdedah dengan penggunaan teknologi tanpa batasan.

“Sebagai ibu, saya memang akan larang anak bermain gajet seperti telefon pintar atau apa-apa alat teknologi lain.

“Saya tak nak anak terlalu leka dengan telefon bimbit dan menerima bahaya daripada sudut kesihatan dan psikologi. Jadi, no gadjet!,” katanya kepada mStar Online.

Nad Zainal ditemui di Majlis Baby Shower Mega Bersama Happikiddo di cawangan premis berkenaan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Ahad.

 

Selain Nad Zainal, pelakon Hanis Zalikha dan bayinya, Yusuf Iskandar turut diundang meraikan 100 ibu bapa bertuah dalam acara tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Kampung Girl ini melahirkan cahaya mata lelaki yang kini berusia setahun pada 14 Oktober 2016 di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Nad berkata, dia sedar ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan gajet sebagai alat untuk memujuk anak yang sering meragam.

Bagaimanapun, Nad tidak mahu menggunakan cara tersebut dalam mengawal perilaku anaknya.

“Ada sesetengah ibu bapa bagi main permainan video, main telefon dan menonton televisyen untuk mengawal kelakuan anak-anak mereka.

“Tapi cara saya lain, saya tak bagi anak main gajet semata-mata nak pujuk dia dari menangis atau pun nak bagi dia duduk diam.

 

“Kanak-kanak yang masih bayi ada cara untuk dikawal, jangan jadikan gajet sebagai ‘pengawal’ mereka. Kalau dah besar nanti okaylah,” ujarnya.

Ditanya perancangan untuk menambah cahaya mata, Nad memberitahu dia ada memasang impian menambah zuriat tahun depan.

“Anak pertama dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean, jadi doktor sarankan saya jarakkan kelahiran anak berikutnya.

“Insya-Allah tahun depan kalau ada rezeki, saya terima sahaja,” katanya.

Nad berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 28, pada 18 Disember 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");