Membawang Hari Ini

‘Overdos’ Punca Kematian Lil Peep

KEMATIAN penyanyi rap, Lil Peep disyaki akibat pengambilan bahan terlarang secara berlebihan.

Menurut portal Guardian, pengurusnya mendedahkan, Lil Peep sempat dikejarkan ke hospital beberapa jam sebelum kematiannya pada Khamis lalu.

Adam Grandmaison turut mengakui penyanyi tersebut mengambil dadah kecemasan Xanax (turut dikenali sebagai alprazolam).

Kematian rapper itu mengejutkan peminat dari seluruh dunia, tambahan pula dia mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan peminat.

Lil Peep bukan sahaja menerima ucapan takziah daripada peminat, malah rakan artis turut terkejut dengan kematian penyanyi ini.

Antaranya Rich Chigga, Post Malone, Diplo, dan DJ Marshmello. Mereka meluahkan rasa dukacita atas kehilangan seorang rapper berbakat besar.

“RIP Lil Peep. Saya selesa mengenali kamu. Sekarang ini katakan kepada teman-teman bahawa kita sayang dan hargailah mereka,” tulis Rich Chigga sambil memberi pesanan kepada peminat.

Lil Peep, 21, merupakan seorang penyanyi rap popular di Youtube dan memiliki pengikut tersendiri.

Berita kematiannya membuatkan ramai peminat terkejut tambahan pula usianya masih muda dan mereka menganggap perjalanan seninya masih jauh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");