Perak Hari Ini

Pangkor Dialog Beri Limpahan Ekonomi Di Perak

IPOH: Penganjuran Dialog Pangkor (PIDD) 2017 telah berjaya memperkembangkan ekonomi negeri Perak terutamanya dalam industri pelancongan dan perhotelan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata dengan kehadiran pemain-pemain industri di bawah kelolaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA),ia telah meninggalkan pelbagai impak positif kepada Perak.

Katanya, lagi PIDD turut merancakkan kegiatan keilmuan dan kesarjanaan yang melibatkan penyertaan daripada lebih 2000 delegasi dari dalam dan luar negara.

“Sepanjang persidangan itu berlangsung, ia memberi kesan positif khususnya kepada bandar Ipoh di mana kadar penginapan hotel telah melebihi 90 peratus.

“Pada masa sama, peniaga-peniaga kecil yang membuka gerai bersempena dengan penganjuran ini turut menerima manfaat ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) di  Sidang Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zambry turut memuji sikap keterbukaan Radzi yang sentiasa melontarkan pendapat terbaik terhadap usaha kerajaan negeri, demi kebaikan negeri Perak.

“Inilah contoh pembangkang yang baik kerana dia juga datang dan mengikuti Dialog Pangkor serta mendengar pelbagai pandangan yang diutarakan di progrm itu,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Radzi berkenaan segmen lain yang dilaksanakan di sepanjang program itu,  Zambry menjelaskan terdapat banyak faedah yang diperoleh menerusi Dialog Pangkor.

“Ia termasuklah program satelit, Festival of Ideas dan lebih kurang tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) berjaya ditandatangani dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat, yang melibatkan Yayasan Bina Upaya (YBU), KPerak dan sebagainya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");