Berita Hari Ini

PDRM Mula Latihan PRU-14 Esok

KANGAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan latihan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serentak di seluruh negara esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, berkata latihan bermula jam 9 pagi itu diadakan selama tiga hari hingga Sabtu ini.

“Latihan ini akan membabitkan semua pegawai dan anggota polis seluruh negara termasuk juga dari unit udara serta laut.

“Latihan yang akan dijalankan ini membabitkan lima fasa dan yang akan dijalankan esok adalah fasa pertama iaitu fasa sebelum pengumuman tarikh PRU.

“Fasa lain iaitu hari fasa penamaan calon, musim berkempen, hari pengundian dan selepas pengundian akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat PRU-14 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini, petang tadi, menerusi laporan BH Online.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias itu, Zulkifli turut mengadakan sidang video bersama semua Ketua Polis Negeri bagi membincangkan latihan persediaan PRU terbabit.

Zulkifli berkata, beliau memaklumkan latihan ini bagi mengelak orang ramai terkejut kehadiran polis yang ramai terutama unit tertentu di tempat awam.

“Latihan ini penting bagi berhadapan apa saja kemungkinan yang boleh berlaku menjelang PRU nanti.

“Sebab itu, kita babitkan semua unit tidak kira udara mahupun laut dalam latihan kerana semua aspek sudah diambil kira,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");