Jenayah

Pelajar Tingkatan 5 Didakwa Miliki Air Ketum

KUALA LUMPUR – Enam rakan termasuk seorang pelajar Tingkatan Lima dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini bagi pertuduhan memiliki cecair ketum, minggu lepas.

Mereka ialah Mekanik Muhammad Zulhilmi Zulkarnain, 21, penganggur Muhammad Farid Rusydi Razman, 20, pekerja restoran makanan segera Meor Azmil Meor Azmee, 20, penganggur Mohd Nazrel Mukhtar, 19, penganggur Muhammad Nasri Abu Bakar, 20, dan pelajar berusia 17 tahun.

Mereka didakwa bersama-sama dalam kawalan mereka bahan yang disyaki mengandungi cecair ‘mitragynine’ yang isipadunya dianggarkan 1.5 liter.

Kesemuanya dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan 1/2 Sri Taman Baru, Ampang Tasik pada 11.15 malam, 3 Nov lepas mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Zulhilmi mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu manakala lima lagi rakannya mohon dibicarakan.

Bagaimanapun, mahkamah belum menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Zulhilmi kerana menunggu laporan kimia.

Pegawai Pendakwa Inspektor Shamsiah Noor Zakaria menawarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh namun, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan kesemua tertuduh masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Dis depan bagi sebutan semula kes dan laporan kimia. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");