Sukan Hari Ini

Pemain Negara Tak Patriotik Hanya Kejar Bonus

PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), B Sathianathan mengakui wujud segelintir pemain negara mengejar bonus dan insentif seperti diperkatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Menurutnya, perkara tersebut umpama satu masalah serius kepada pasukan negara apatah lagi pemain yang sepatutnya bermain demi hati dan semangat patriotik hanya mementingkan wang semata-mata.

Malah kata bekas jurulatih kebangsaan itu, masalah ini juga turut berjangkit kepada skuad muda bawah 22 (B-22) negara.

“Saya setuju dengan apa yang diperkatakan Tunku Ismail itu. Memang ada yang bermain bukan demi lencana di dada sebaliknya demi wang ringgit.

“Bukan hanya skuad senior, skuad muda negara juga sudah pandai demand.

“Sepatutnya ini tidak berlaku apatah lagi tahap permainan mereka bukan berada pada tahap yang baik dan tidak pernah menang apa-apa lagi setakat ini,” katanya, menerusi laporan Sinar Harian.

Sathianathan juga percaya apa yang berlaku ini disumbangkan oleh ketiadaan kualiti pemain yang bagus dan boleh diangkat bermain di peringkat antarabangsa.

“Sebab itu pemain ini pandai demand sebab mereka tahu tak ramai pemain yang berkualiti di Malaysia dan boleh menyarung jersi negara.

“Kalau di negara luar, mereka mempunyai ramai pemain yang hebat sehinggakan perlu bersaing untuk berada dalam skuad kebangsaan.

“Sebab itu apabila mereka bermain, mereka beraksi bersungguh-sungguh dan kerana itu pasukan negara mereka hebat,,” katanya.

Justeru, beliau meminta pemain seperti yang diperkatakan Tunku Ismail itu supaya berubah dan melupakan ganjaran sebagai perkara utama ketika bermain untuk negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");