Isu Panas

Pembangkang ‘Kucar-Lanar’, Umno Lebih Konsisten

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat parti Umno semakin kukuh dan terus konsisten berbanding pembangkang yang kini dalam keadaan kucar-lanar atau berserabut.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, semangat perjuangan parti itu berbeza dengan situasi pembangkang.

“Biar pembangkang kucar-lanar, kita tetap utuh dan sentiasa berbudi. Bukan sahaja suka bantu rakyat tetapi sentiasa di sisi rakyat sama ada ketika mereka senang atau susah.

“Saya selalu menegaskan dalam apa jua kita lakukan atas nama parti mahupun kerajaan, rakyat keutamaan kita,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Umno Bantu Rakyat 2.0 dan Jom Simpan Bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Masjid Kampung Tanjung Medang di sini, semalam.

Najib berkata, dengan kekuatan parti hari ini, ia sekali gus beri manfaat hingga dapat membantu mengukuhkan ekonomi negara.

“Dalam Bajet 2018 yang saya bentangkan baru-baru ini, kita akan agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada tujuh juta penerima tidak kira latar belakang termasuk keluarga miskin, pekebun, petani, nelayan dan banyak lagi dan menyediakan peruntukan besar kepada pembangunan luar bandar.

“Bersesuaian dengan apa yang saya katakan, bajet kali ini ibu semua bajet dan ia sangat menepati,” katanya.

Sementara itu, katanya lagi, Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar mencecah sehingga 6.2 peratus suku ketiga tahun dan antara tertinggi di dunia.

“Kerajaan berjaya menyiapkan projek-projek ikonik seperti Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang sekali gus bukti ekonomi berkembang pesat.

“Rakyat seharusnya faham teori ekonomi dan boleh dilihat peruntukan sekarang lebih besar kepada masyarakat di luar bandar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");