Berita Hari Ini

Pembangunan Negeri Tak Bertanggungjawab Punca Banjir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan perancangan yang tidak mengambil kira semua aspek kehidupan punca sesebuah negeri dilanda malapetaka seperti banjir kilat.

Menurut beliau, perancangan yang tidak direncanakan secara bertanggungjawab dan bersifat mesra alam di sesebuah negeri turut menjadi penyebab kepada malapetaka seperti tanah runtuh dan kemusnahan alam sekitar.

Justeru, katanya, setiap perancangan di sesebuah negeri perlu mengambil berat kehendak dan kepatuhan kepada Environmental Impact Assessment (EIA) dan Social Impact Assessment (SIA).

“Kecuaian mematuhi kehendak EIA dan SIA akan mengakibatkan gejala “the revenge of nature”,” katanya dalam teks ucapan bersempena Majlis Pelancaran Smart Desa Selangor hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengingatkan setiap pembangunan adalah untuk manusia, bukan sekadar membangunkan gedung atau menara.

Pulau Pinang yang diperintah DAP dilanda bencana banjir terbesar dalam sejarah negeri itu baru-baru ini apabila lebih 100 kawasan daripada kesemua lima daerah negeri itu ditenggelami air dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Ramai pihak berpandangan banjir di Pulau Pinang yang turut mengorbankan nyawa penduduk.disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang dan lestari di negeri itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar  turut beranggapan pembangunan tidak seimbang menjadi punca banjir di Pulau Pinang.

Menurut beliau, olahan semula perlu dilakukan terhadap seluruh rancangan pembangunan agar Pulau Pinang tidak terus menerima banjir seperti itu. – Mynewshub.cc

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");