Berita Hari Ini

Pemeriksaan Wajib Pendawaian Elektrik Setiap 10 Tahun

PETALING JAYA: Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.

Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk, berkata peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

“Sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku,” katanya pada perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics di sini, pada Isnin, menurut laporan Bernama.

Peraturan itu dibuat selepas berlaku beberapa insiden terutama yang membabitkan unit kediaman, yang menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya membabitkan kemalangan jiwa.

Sementara itu, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee, berkata kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai keselamatan elektrik adalah rendah, dan ramai tidak menyedari bahawa badan mereka sendiri adalah konduktor elektrik.

Chew berkata, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel dan ‘charger’ telefon amat membimbangkan dan kerana mudah berlaku ‘kebocoran’ elektrik yang akan menyebabkan renjatan dan kebakaran.

Beliau mengingatkan orang ramai agar menggunakan wayar sambungan untuk alat-alat elektrik bervoltan rendah sahaja.

“Jangan gunakan pada alat-alat utama seperti peti ais, oven dan mikrowave. Anda membahayakan nyawa orang-orang di rumah anda.

“Untuk lebih selamat, lucutkan plug pada semua alat-alat elektrik bila anda tidak menggunakannya bagi mengurangkan risiko kebakaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");