Perak Hari Ini

Pemilik Tanah Digesa Patuh Syarat Nyata Tanah

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini memberi amaran agar pemilik-pemilik tanah sentiasa mematuhi syarat nyata seperti yang terdapat dalam geran.

Menurutnya terdapat segelintir pihak yang menggunakan tanah mereka bagi tujuan perniagaan dan perdagangan walhal, dalam geran menyatakan ia digunakan untuk tujuan pertanian.

“Kita mendapati syarat nyata mereka berlainan dengan apa yang mereka usahakan pada tanah mereka dan ini akan menimbulkan masalah yang besar,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius terhadap permasalahan ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada mereka yang terus berdegil.

“Bukan semua kawasan yang sesuai untuk semua aktiviti contohnya penternakan.

“Ada banyak kes yang diterima khususnya melibatkan aktviti penternakan ayam dan babi yang mana ia berhampiran dengan kawasan perumahan.

“Bayangkan ia dilakukan secara besar-besaran dan sudah tentunya selain menganggu alam sekitar, ia juga bakal mengganggu keselesaan penduduk setempat,” katanya yang menerima aduan tersebut melalui program pemukiman yang diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Pada masa sama, beliau juga berkata akan meneliti cadangan penambahbaikkan kemudahan pengangkutan di Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping.

Semalam, pusat peranginan tersebut menggondol anugerah Pusat Peranginan Terbaik dalam Malam Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2017 yang diadakan di Hotel Riverfront dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");