Berita Hari Ini

Pengangkutan Awam: Hong Kong No 1, Malaysia 95

KUALA Lumpur menduduki tempat ke-95 dalam pencapaian keseluruhan pengangkutan awam, berdasarkan laporan Sustainable Cities Mobility Indeks 2017.

Laporan tersebut yang dikeluarkan oleh kumpulan perunding, reka bentuk dan kejuruteraan Arcadis meletakkan Hong Kong di tangga nombor 1 untuk pencapaian keseluruhan memetik laporan Sinar Harian.

Antara lokasi utama lain yang dimasukkan dalam indeks tersebut adalah Singapura (#8) dan Jakarta, Indonesia (#89).

Sejumlah 100 bandar di seluruh dunia terlibat dalam laporan berkenaan dan dihakimi berdasarkan beberapa ciri yang meliputi 3 kategori utama.

Kategori pertama adalah penduduk (keselamatan, akses liputan, jumlah pengguna, pemeliharaan), kategori kedua pula adalah planet (rekod persekitaran, kesesakan, ketetapan waktu, infrastruktur dan pencemaran udara) dan kategori ketiga pula adalah keuntungan (kewangan awam, kemampuan dan tahap kesihatan ekonomi).

Laporan penuh dalam bentuk .pdf boleh dimuat turun di mobilityindex.arcadis.com.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");