Sukan Hari Ini

Pengendali Tempatan Latih Red Ants Musim Depan

PENGURUS PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mengesahkan The Red Ants bakal dibimbing jurulatih tempatan bagai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan nama jurulatih tersebut sebaliknya mahu peminat menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kita dah jumpa pengendali untuk musim depan dan beliau adalah seorang yang pernah membimbing pasukan Liga Super dan terkenal di Malaysia.

“Kita cuba untuk menggunakan dan memberikan kepercayaan kepada pengendali tempatan dan tidak menggunakan jurulatih asing,” katanya lapor Sinar Harian.

Kerusi jurulatih PKNS FC kosong berikutan pengendali terdahulu Sven Gartung direhatkan 12 September lalu biarpun baru mengendali pasukan itu pada 17 Julai.

Sementara itu, Mahfizul Rusydin turut mengesahkan pasukan sedang mengintai beberapa pemain tempatan dan import yang sesuai bagi menyarung jersi pasukan itu.

Malah, tindakan drastik hanya mengekalkan 10 pemain sedia ada untuk musim 2018 juga sebagai langkah untuk memastikan Red Ants terus berdaya saing musim depan.

“Antara yang dikekalkan ialah Safee Sali, K Gurusamy, Mohd Nazrin Shamsul Bahri, Shahrul Azhar Ture dan beberapa pemain lagi.

“Manakala, tiga pemain lagi sedang dalam proses perbincangan kontrak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");