Berita Hari Ini

Pengguna Terkejut Beli Seluar Buatan Israel

TEMERLOH: Seorang pengguna, Mohd Yazid Ahmad, 30, mempersoalkan kewujudan produk Israel di pasaran negara ini.

“Kenapa produk Israel ini boleh memasuki pasaran Malaysia, adakah kita sudah mempunyai hubungan perdagangan dengan negara haram itu?” soalnya.

Menurutnya, dia membeli seluar sukan terpakai di sebuah kedai barangan terpakai (bundle) di Temerloh dan terkejut apabila mendapati seluar sukan yang dibeli itu dibuat di Israel.

“Setahu saya, negara kita tidak mempunyai hubungan dagang dengan rejim haram berkenaan sejak negara itu ditubuhkan pada tahun 1948 lagi,” katanya kesal.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau berharap pihak berkuasa menyiasat bagaimana produk Israel boleh berada di pasaran negara ini.

“Saya harap pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci supaya tiada lagi produk Israel berada di pasaran negara ini,” katanya.

Menurutnya, memang sebelum ini dia ada mendengar banyak produk dari negara berkenaan yang didagangkan di negara ini tetapi tidak pasti adakah ia benar atau sebaliknya tetapi apabila perkara itu terjadi kepada dirinya sendiri ia sangat memeranjatkan.

“Jika seluar boleh masuk tentulah banyak barangan lain juga sudah memasuki pasaran Malaysia,” katanya.

Difahamkan, pakaian tersebut adalah barangan yang dibuat di Israel tetapi masuk ke negara ini melalui negara China yang menjadi lokasi terakhir proses ia dibuat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");