Isu Panas

Pengiring UTK Mahathir Ditarik Balik

SHAH ALAM – Khidmat pengiring Unit Tindakan Khas (UTK) kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ditarik balik.

Perkara itu dimaklumkan Mahathir menerusi status di laman Facebook beliau, semalam.

“Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

“Hari ini (kelmarin), khidmat pengiring UTK pula ditarik balik, perjuangan tetap diteruskan,” katanya lapor Sinar Harian.

Terdahulu sebelum ini, pada Mei 2016, polis pengiring Mahathir telah ditarik balik.

Ketika itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil susulan penglibatan Mahathir dalam perhimpunan Bersih dan anti kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");